Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Benci ! Benci ! Benci !
Friday, December 9, 2011 | 6:32 AM | 2 comments


Haaa , hari ni nak share satu doa ni. Agak-agak ada tak orang menyampah dengan kita ? Well well , tipulah kalau kata takde kan. Kita pon kadang rasa benda yang sama jugak. Memang tak boleh nak elak , sebab tak semua benda kita suka. Kadang rasa orang tu gediklah , meluatlah. Amboi , hebat sangat ke nak benci-benci orang ? Dosa dengan Allah kita boleh mohon ampun bila-bila masa awak , sebab Allah tu maha penyayang. Tapi kalau manusia , sendiri tanggung. Pandai-pandailah cari masa nak minta maaf bila. Huhu ~ Mak saya kata , kalau kita benci sorang , sepuluh orang akan benci kita balik. Takmahu ! Takmahu ! Takmahu ! =(


Kalau kita tengok orang macam menyampah je dekat kita , apakata kita baca doa ni :

'' Allahumma habbib 'abdaka haza ila 'ibadikal-mukminin wa habib ilaiyal-mukminin ''
Ertinya : Ya Allah limpahkanlah perasaan cinta hamba-Mu ini terhadap hamba-Mu yang beriman dan limpahkanlah juga perasaan cinta mereka terhadap aku.

 Kalau rasa macam nak marah je orang tu , baca doa ni pulak.

'' Ya Allah , sejukkanlah hatiku daripada panasnya dosa-dosa dan bersihkanlah hatiku daripada kotornya maksiat yang melampau '' . Lepastu ambil wudhuk !

Lagi satu sebelum terlupa. Hihihi. Kalau jumpa kawan tu bersalam-salaman lah ya. Bukan je dapat eratkan silaturrahim , kita juga mesti lah nak ikut cara Rasulullah s.a.w. kan ! Nak tahu kenapa ? Ni hadisnya :

'' Tidaklah dua orang muslim saling bertemu lalu kedua bersalaman melainkan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah '' ( Riwayat Abu Daud , at-Tarmizi dan Ibnu Majah )

Selamat beramal ! Peace with imaan ~


Old things | New things