Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Find Us On Facebook ? Kemain.
Saturday, December 17, 2011 | 7:51 AM | 5 comments


Bismillahirrahmanirrahim ~ In The Name of Allah The Most Graciuos and The Most Merciful.
Salam to all readers =)



Kemain kau tajuk. Ini kiasan.


Melihat gelagatnya orang dalam melayari facebook kadang-kadang sangat merunsingkan saya. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. Ada yang berposing maut ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nakal. Bermacam-macam ragam. Duh !




Bukan saya nak kata tak boleh. Mungkin anda akan kata facebook saya , sukahati sayalah ! Mungkin. Tapi kadang saya terbaca status yang sampai mengeluarkan ayat-ayat yang terlalu indah dan sopan sampai saya terkelu membacanya. Awak lupa ke , satu hari nanti kita akan dihimpunkan beramai-ramai dan bersaksikan sekalian manusia , mereka akan menatap kata-kata indah awak itu. Seperti sudah hilang rasa malu dan sopan santun. Jika ajal sudah tiba , siapa yang mahu delete account awak nanti ? Sama ada awak akan terus-terusan mendapat pahala atau .. herm awak jelah yang tentukan =)




 

      Contoh sahaja. Kadang kita tak sedar. Padahal kat realiti tak pernah bertegur.


Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. Kadang-kadang susah juga nak menjaga kalau di alam maya ni. Di alam realiti kita bersusah payah mejaga pandangan , menjaga hati , sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Saya sendiri merasainya. Ada je yang mahu disembang-ributkan di alam maya tapi sebenarnya tak pernah langsung bertegur di alam realiti.


Kalau untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat *perempuan dengan perempuan* ini sangat baik. Okay contoh , kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan. Alamak , rindu lah pulak =') Tapi kita tak sedar yang conversation kita dengan yang berlainan jantina melalaikan.


Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust menonggeng. Huhu ~ Lepastu mula lah post aku benci orang tu bla bla bla. Sedih , menangis , hampa , kecewa. Semua orang ada calon idaman masing-masing =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah dia beriman. Itu sangat cukup. Hadiah berharga dari Allah sepanjang zaman. Biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari menyerahkan cinta pada yang tak sepatutnya. Bila diserah tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu ? =)



"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




Sedar tak sedar semua benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes , dunia ni persinggahan sahaja. Saya ulang , persinggahan. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia dan kita sendiri akan dapat tengok balik apeje yang kita dah buat. Apa je yang kita dah buat untuk Islam ? Untuk Allah ?


Kalau awak ada masa , tengoklah. Saya tak paksa =)



*Peringatan buat diri sendiri , terutamanya =) Tiada kene mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Maaflah , saya masih selalu bukak facebook tapi saya jarang activekan chat untuk mengelak. Eh saya pon tak tahu saya nak elak apa :P Tapi saya rasa lebih selamat berbuat begitu. Wallahu'alam ~



Old things | New things