Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Kekura Chumell
Sunday, December 18, 2011 | 8:09 AM | 3 comments


Sungguh lah. Kurang kerja mungkin. Snap gambar tortoise sebentar. Sambil tengok-tengok hujan , renung masa hadapan. Ceh , ayat nak cool habis. Serious , kekura ni namanya Syah. Actually ada dua , lagi sekor Kaduk namanya. Comelkan nama mereka :P


Syah syah , tengok apa tuuu :)


Kesian jugaklah aku tengok kura-kura ni , seharian duduk dalam akuarium. Aku ni bukanlah rajin nak main dengan binatang segala bagai ni. Tapi jangan main-main , aku tak main-main pon kekura ni hidup lagi tahu ! Dulu aku bela empat ekor tak silap. Tapi kalian tahulah , kekura ni kalau dah besar dia tak kenal dah tuan dia.  Semua dia nak gigit. Duh ! Tak cukup ke aku bagi makan. Huhu ~ Aku rasa memang tak cukuplah. Sebab kadang-kadang aku miss jugak sehari dua hari. Kejammmmm ! Stop animal cruelty ! Please ? 


Tapi jangan salahkan aku hundred percent. Bukan aku yang beli , tapi kakak aku. Aku ulang , kakak aku. Dia beli lepastu tinggalkan dekat rumah suruh adik-adik yang comel lagi kiut miut ni jaga. So unfair. Tapi kekura yang dah besar tu aku dah lepaskan. Mesti happy kan mereka , bebas , tanpa aku. Sobsob. Pergilah menjalani hidupmu sayaaang ! *Jangan jeles.


Aku nak share fakta tentang kekura aku ni. Agak-agak nak tambah ilmu bacalah , aku tak paksa =)


Waduh ! Kok mirip ular ya kepalanya ? Ya iyalah sama-sama reptile =..=


#Fakta unik 1
Kekura sudah ada di bumi sejak 200 tahun yang lalu. Lama tuuuuu ! Kekura moden berbeza dengan kekura purba. Kekura purba memiliki gigi yang tajam tetapi tidak mampu menarik kepalanya ke dalam cengkerang. Herm , aku rasa aku punya kekura tu moden lah. Dia selalu main sembunyi-sembunyi. Tak aci !


#Fakta unik 2
Beberapa spesies dari kura-kura mampu hidup hingga lebih dari 100 tahun. Lebih lama dari manusia tahu ! Aku mati dululah ni :'( Kalau macam tu ,  kekura jelah yang jaga aku. Huhu ~


#Fakta unik 4
Tak seperti yang kita sangka , kura-kura ternyata memiliki daya penglihatan yang baik , sebaik daya penciumannya juga. Duh ! Padanlah aku main-main sorok pon dia nampak aku. Lari dahlah macam lipas , tapi lembab. Kuikuikui :) 


#Fakta unik 5
Kekura tidak memiliki telinga tapi uniknya kekura ni kan , dia mampu merasakan gelombang getaran. Fuhh fuhh fuhh. Hebat sungguh ciptaan Allah :')


#Fakta unik 6
Dalam cengkerang kekura ada salur darah , sehingga kekura tersebut dapat merasakan apabila ada yang menyentuhnya. Hah ! Kalau ada yang berani nak ambik Syah , aku suruh Kaduk gigit. Mereka saling menjaga tahu. Takut tak takut tak ? Kehkehkeh.



Aku share sikit je. Banyak-banyak bukan kalian baca pon. Kalau nak tahu , kekura yang dalam laut tu orang panggil turtle. Tapi yang kat daratan ni tortoise. Eh ? Aku pon da konfius maaa. Itu apa yang aku baca. Kalau salah jangan marah aku ! Carilah maklumat sendiri. Huhu ~ The end. End they live happily ever after , with Me. Hah muntahlah muntah.



Old things | New things