Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



OSEM. Itulah Anda :)
Thursday, December 22, 2011 | 1:59 AM | 0 comments


Alhamdulillah :) Walaupun tidak dapat menjejakkan kaki ke sekolah , tapi akhirnya result diketahui juga melalui sms. Hanya mampu mengucapkan Alhamdulillah , selebih itu rahsia Allah :') Tidak kisahlah siapa kita di dunia ini ; sama ada kita seorang pelajar yang excellent , atau penyapu sampah di sekolah tadika , atau hanya seorang suri rumah biasa.


Setiap daripada kita ada peranan dan tujuan kita diciptakan. Dan di akhirat nanti , amanah kita dalam memenuhi peranan dan tujuan inilah yang akan ditanya , yang akan dipertanggungjawabkan , dan bukannya siapa kita atau apa yang kita ada atau dari mana kita datang. Bukan.


Maka gunalah setiap saat dan ketika yang ada di dunia yang fana ini untuk berusaha sebaiknya memenuhi tuntutan agung itu. Bekerjalah , bekerjalah , dan teruskanlah bekerja. Jangan sekali-kali putus asa , kerana setia detik itu amat berharga.

'' Dan katakanlah , 'Bekerjalah kamu , maka Allah melihat pekerjaanmu , begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang mukmin , dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. ''
[ at-Taubah , 9 : 105 ]


Biarlah kita loser , lame dan tiada apa-apa di mata pandangan manusia. Asalkan kita OSEM pada pandangan Allah , pemilik jiwa dan Tuhan kita. Itulah yang paling terutama.


Iya , jalan ini sumpah panjang. Kadangkala gelap gulita ada juga. Tetapi yakinlah ada pelangi yang sedang menunggu di hujung jalan , penuh setia. Senyum.



*Ayuh kita menjadi OSEM ! Ordinary Student , Extra-ordinary Muslim :)


Old things | New things