Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Terima Kasih Ibu , Ayah
Friday, December 16, 2011 | 2:30 PM | 2 comments


Saya kehilangan idea menulis sejak kebelakangan ini. Semakin ketandusan idea apabila saya lebih menggemari tidur. Ohh tidak ! Semakin lemah otak ini berfungsi. Fuhh fuhh , tak mahu ! tak mahu ! tak mahu ! Okay abaikan perkara ini.


Sekarang dah masuk bulan Disember. Dah tak lama dah. Pejam celik pejam celik , tibalah masanya. Tibalah harinya. Bila difikirkan balik dengan naluri kewanitaan dan jiwa kemanjaan *peluh. saya ini , saya jadi sedih. Dapatkah saya mencurahkan sepenuh kudrat saya ini untuk membalas jasa kedua insan tercinta yang banyak menabur bakti , kudratnya , kasih sayangnya , masanya , penat lelahnya , risaunya demi saya ?


Ohh tidak ! Saranghaeyo mommy daddy. Eh ? Maaflah ya. Saya rasa saya ingin luahkan apa yang saya rasa. Sebak. Inilah saya , lemahnya saya. Lebih-lebih lagi Disember sudah menghampiri ke pengakhiran bulan. Maknanya , semakin hampir walaupun bakinya masih berbulan-bulan. Perancangan dan pengaturan kehidupan serta masa perlu dilaksanakan dengan cermat , betul dan mengikut syariat. Duh !


Mungkin lagu yang sedang saya dengari ini adalah lagu layaknya buat sang kekasih ? Peluh. Tapi bagi saya lagu ini buat dua orang kekasih hati saya sejak lahir dan insyaAllah sehingga ke akhir hayat saya. Mampukah saya menjadi anak yang solehah buat mak dan abah ?


Bila saya sendirian dan membaca buku tentang ketaatan kepada kedua ibu bapa , saya jadi termenung panjang. Saya teringat kata-kata kekasih hati saya , *jangan marah ya.


Ya Allah ! Buatkanlah saya sentiasa sabar berbicara dan berbuat baik kepada kedua orang tua saya. Ya Allah , buatkanlah hati saya sentiasa ingin memandang mereka dengan penuh kasih sayang. Buatkanlah saya sentiasa rindu akan bicara nasihat mereka. Buatkanlah saya lemah-lembut di hadapan mereka.


Memang saya bukanlah contoh anak yang baik. Kadang-kadang , saya malu untuk menunjukkan ketundukan saya kepada perintah dan suruhan mereka. Malu , malu yang tak bertempat. Aneh bukan ?








Dan apa yang paling buat saya lemah ? Mak dan abah. Merekalah kelemahan saya dan merekalah juga kekuatan saya yang paling besar. Kata-kata kasih kadang perlu juga diungkapkan sebagai pengerat hubungan. Tapi untuk lafazkan dengan kata-kata , saya belum mampu. Saya masih malu untuk luahkan perasaan kepada dua orang kekasih hati saya ini. Ini yang membuatkan saya pening , resah dan gelisahh. Tapi yang paling penting , saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat , amiin.


*Terima kasih ibu , ayah !


Old things | New things