Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Tiada Ganti :')
Sunday, January 22, 2012 | 5:48 AM | 4 comments



20 Januari 2012. Aku menangis , nak tahu kenapa ? Hari tulah aku dapat tawaran ke SBP. Siapa tak suka dapat SBP ? Kau happy lah. Tapi aku kecewa. Aku kecewa tahap tak ingat sebab tak dapat KISAS. Siang malam aku mimpi nak rasa biah solehah kat sana. Aku sedih , aku kecewa , ah semuanya bercampur baur. Dapat tahu dapat sekolah lain dari kawan pulak tu. Lagi la touching tahap tak ingat.


Terima kasih lah yang dah check kan aku. Aku hargainya. Aku tak sangka aku dapat SBPI Jempol. Nama pon tak pernah dengar , apatah lagi tengok sekolahnya. Masa first kelas add math. Aku tak pikir apa dah time tu , tak sempat nak pick up apa cikgu cakap. Aku termenung , aku fikir macam mana keputusan mak aku. Dan aku tahu 100% mak aku akan cakap YA. Sebab kampung nenek aku kat Negeri Sembilan. Dekat tuuu. Tapi aku tak happy langsung. Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu , hanya Allah yang tahu.


Aku bincang dengan kawan aku , Aisyah. Dia dapat KISAS. Kalian tahu kan betapa kecewanya aku ? Kawan sebelah aku yang dapat. Takpelah , mungkin rezeki dia. Rezeki aku 11A+ kat tempat lain. Tapi aku tetap sedih. Kalian nak tahu kenapa ? Mana aku nak cari kawan macam mereka ? Yang ajar aku macam-macam. Kalau nak listkan , habis aku kene blacklist kat sekolah. Bahaya wooo. Ah serius aku sayang kalian.




Nah ! Status aku yg pertama lepas aku balik. Terus cari Facebook tahu ! Tak fikir lain dah. Eh mana ada , mesti lah salam cium mak dulu. Macam mana nak jadi anak solehah ni ? Esh3. *Geleng-geleng. Nampak macam gembira je kan status ni ? Ada love-love lagi. Time ni masih belum matang. Fikiran tak panjang. Lepastu mula lah aku baca status kawan-kawan aku. Tak payah cakap dah , air paip mengalir. Tambah lagu lagi , memang feel habis !


 

Budak ni dapat satu tawaran sama dengan aku. Aku tak rasa apa. Sebab dia lelaki. Aku mahu perempuan ! Ada hikmah khadijah , ada hikmah. Astaghfirullah. Sekarang ni boleh beristighfar jelah. Tak mampu kata apa-apa. Bersyukurlah kau dapat SBPI kan. Belambak lagi kat luar sana tu yang nak , tapi tak dapat. Inilah manusia , lupa dengan nikmat Allah.



Kata-kata kawan aku , Aini , bakal Ketua Aspuri SMKA Maahad Muar. Hebat kan ?



Fatin Umirah , terima kasih untuk segalanya. Aku tak mungkin lupa kaulah. Dengan muka kau masa form4 yang makin kelat ni. Hermmm , bilalah aku nak jumpa nomis yang lama balik kan. Jangan berubah , PLEASE ? Aku mohon. Aku tahu kau bakal Exco Pendidikan ! Aku nak kau cool , jangan marah-marah. Pemimpin yang selalu marah-marah memang tak akan diterima. Aku tahu aku selalu marah time mengajar , maafkan aku .. Hahaha. Tapi untuk peraturan kau nak marah-marah , takkan ada orang nak ikut kau. Percayalah. Tapi tegas itu perlu. Nanti orang pijak kepala. Cis ! Terima kasih Fatin Umirah.




Iffah Syahidah ! Kau ni kan , jangan tidur dalam kelas boleh ? Kan dah kene cubit dengan aku >.< Aku tak buli kau ya , kau yang suruh aku cubit. Hobi aku tu , mana boleh tolak. Hahaha. Exco Multimedia ! Woaaaa , hebatlah ko. Kalah aku macam ni. Semua kawan aku bakal exco. Hermmmm apalah nasib aku kan , terpaksa ikut peraturan. Budak pelik. Kalau jumpa lagi , belikan aku chocolate okay ! Terima kasih Iffah Syahidah.




Yang  ni pulak , Mirza Nur Haziqah. Budak yang konon pendiam , eheh. Tapi sungguh aktif di Facebook. Kalah aku. Ah aku sentiasa kalah dengan mereka mereka yang hebat ni. Siapa je yang kenal aku. Takde siapa. Dan kalau aku pindah pon siapa jelah nak rindu kan ? Tak perlu pon. Membazir je. Terima kasih Mirza Nur Haziqah.



Hah , yang ni pulak Liyana Norsalihin. Aku minta maaf untuk segalanya. Macam-macam kau tolong aku , budak touching. Harumkan nama Maahad okay ? Bolehlah kau jadi PKP nanti. Jadi kesayangan cikgu lah kau lepas ni. Untunglahhhh. Terima kasih Liyana Norsalihin.


Yang lain-lain tu terima kasih juga. Aku tak mampu dan tak larat nak crop satu-satu letak dalam blog aku ni. Maaflah. Pengetua , cikgu-cikgu , kawan-kawan , semuanyalah ! Err apa aku cakap ni ? Haha pape je lah kan. Terima kasih untuk kelas aircond ! Terbaiklah SMKA Maahad Muar ! Eh lupa , Hajar nanti malam Ahad aku nak makan maggi tau. Okay set ! >.< Terima kasih Nur Siti Hajar.


Pssttt.. Pssttt.. Eh aku just nak cakap jangan buat aku sedih boleh ? Kau buat aku sedih gila. Ya aku tahu aku penyibuk kat kelas tu , aku tahu aku ni mana lah pandai macam kau kan ? Tak layak duduk kelas tu. Okaylah lepas ni aku tak kacau hidup kau dah. Konfirm. Aku gembira dapat buat kau bahagia :) Serius , tak main-main. Terima kasih untuk kau juga. Kau kawan aku jugak , jangan risau babe.



Credit to : Mirza

Saya malas , awak suruh rajin ...
Saya nakal , awak marah ...
Saya senyum , awak lagi la senyum ...
Saya gurau awak gelak ...
SWEET sangat waktu tu ..
Tapi kalau saya takde , Jangan pulak awak ikut saya pergi ...
Cuma doa je dalam hati dan ingat dekat saya cukup untuk nilai perhubungan kita ..
Dan buat saya tenang selamanya ..
Awak jangan sedih ..
Saya tak suka air mata awak menitis nanti ..
Kerana saya terlalu sayangkan kawan2 saya ..
TERMASUK AWAK !
 Jangan lupakan aku tau ='(



Seriously , kalian tiada ganti :') 11A+ ! Qilla , Alia , Jeeha , Aisyah , FITHRAH *TWIN , Ain , Aida , Wani , Anis , Zati , Tirah dan semuanyalah ! See you di IPT kay !


Sincerely ,    
Siti Khadijah Ismail


Old things | New things