Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Turning point 360 darjah.
Saturday, February 4, 2012 | 1:43 AM | 2 comments


Heh , siapa sangka aku sekolah situ. Lain , turning point 360 darjah. Semuanya berbeza , seperti yang aku jangkakan. Mungkin aku belum biasa , tapi rasanya perkara ni tak boleh dibiasakan. Kalian nak tahu kenapa ? Tak payah la aku cerita. Tak semua rasa macam tu kot , biasalah orang baru , semua benda nak komen. Itu tak kena , ini tak kena , kalau boleh semua nak sama dengan yang lama. Ya Allah , rindunya MAAHAD MUAR :')


Minggu ni aku masih orientasi , takde masalah lagi. Masih dalam sesi kenal-kenal dengan budak baru dan lama. Okay je , cuma aku kecundang sikit lah bab-bab peraturan ni. Kalau boleh nak tanya itu ini , hehe. Yelah ! Mana lah tahu peraturan kat situ macam mana ! Malu bertanya sesat jalan , kan ? Aku masuk kelas 4AB , sains agama. Dorm Khalid 1 , warna biru. Alahai ~ Tapi kan , semua benda aku nak bezakan. Pelik , aneh , janggal. Semua aku rasa.


Hermm , kalau dekat sekolah lama , semua cikgu dah kenal. Budak famous lah katakan , hak hak. Tapi kat sini , macam form1 balik. Semua tak tahu , macam kambing masuk kandang lembu. Aku malu nak cakap , tapi siapa sangka , aku menangis ah. Bukan aku menangis rindukan rumah , aku dah biasa beb duduk asrama. Tapi biasalah , rindukan sekolah yang setiap malam aku hadap , buat macam-macam dengan kawan-kawan , cikgu yang sporting , semua dah biasa. Tup tup , kene turning point 360 darjah. Okay dah *lap air mata*.


Ah sedih ah camni. Siapa lagi aku nak ajak panjat pagar , fly , buat bising , bawak phone , solat dalam dorm , aku rasa semua peraturan aku langgar kot. Cuma pergi sekolah je aku tak pernah lambat. Pengawas yang berkaliber aku ni >.< Rindunya nak bergosip dengan kawan-kawan , nak cerita itu ini , bincang pasal homework , nak gaduh , jadi taiko. Tapi aku tahu , tu semua tinggal kenangan. Aku tahu ada hikmah aku pindah. Manusia dan Allah buat rancangan , tapi aku tahu rancangan Allah pasti yang terhebat. Ada hikmah , cuma manusia je yang kene redha. Mungkin Allah taknak aku langgar peraturan lagi ? Hehe. Malu ah cenggini.


Takde apa sangat pung sebenarnya , saja nak update kasitahu kalian hidup aku macam mana kat sini. Duduk asrama tu perkara biasa , surrounding tu yang berubah. Turning point 360 darjah ! Tapi aku rasa aku boleh , Allah kan ada ?




Trying to carry on and be tough , wish me luck :) 11A+ , wait for me ('',)


Old things | New things