Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Saya rindu , saya sayang :D
Friday, March 30, 2012 | 5:55 AM | 1 comments



Bismilahirrahmanirrahim



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
ok ya saya tahu saya tak berdisiplin 
dalam mengupdate blog ni.
maaf.

saya menyepi bukan hanya kerna kekeringan idea 
dan ketidak-efisyenan mengatur waktu..
tapi saya terfikir sesuatu. saya tahu segala yang saya lakukan, 
katakan dan tuliskan akan dipertanggungjawabkan ke atas saya di Mahsyar nanti. sehinggakan saya sendiri sebenarnya takut untuk menulis.

moga Allah redha dengan penulisan saya.
 Saya harap, sekurang-kurangnya yang membaca dapat manfaatnya dan diaplikasikan untuk memperbaiki dan mengislah diri seterusnya insan-insan di sekeliling. 
yang paling utama;- 
saya harap tulisan ini sedikit sebanyak berupaya
 mendekatkan kita kepada Rabb. mudah-mudahan, insha-Allah.

***

anda tahu? saya rindukan sahabat-sahabat saya.
semua sahabat saya ;- baik yang tertera gambarnya atau tidak.
ya saya rindu.



Saat indah di Kem Nasuha



Kenangan semasa Lawatan kelas F3 Alim ~ Sempena cuti PMR
Awak,
saya sayang awak. saya sayang persahabatan kita.

Tapi, jom kita murnikan nak?

Saya Sayang Awak kerana Allah.
Saya nak bersama-sama dengan awak atas jalan ni.
Saya nak buat baik sama-sama dengan awak.
Saya nak ajak awak saya & kita semua jadi skema dengan syariat Allah dan sunnah Rasulullah..
Saya cuma berharap saya dapat menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak kufur.

dan..

Saya dambakan persahabatan berasaskan keimanan..
supaya, kalau saya jatuh awak boleh bangunkan.
kalau awak lemah saya boleh kuatkan.
kalau saya bengkok awak boleh luruskan.
kalau awak leka dan lupa saya boleh ingatkan.
insha-Allah.

awak tahu?
saya sayang awak.
betul.
dan saya tak sanggup biarkan awak hanyut dibawa arus kehidupan sementara..
dan saya tak rela kalau awak biarkan saya tenggelam dalam fitnah dunia..
dan saya taknak kita terpedaya dengan permainan dunia ni.
serius.

tapi.....
maafkan saya awak.
saya selalu tak berani dan tak kuat untuk buat semua tu.
sebab saya takut hubungan kita retak.
walaupun..
saya tahu saya memang perlu tegur dan ingatkan awak.
saya tak nak sebab saya, kita semua tak dapat menjejak Syurga.
tolong saya ya awak, kita sama-sama melayari bahtera kehidupan ini..
kerana-Nya.
kita kan cuma hamba yang menagih redha-Nya...


boleh?

saya sangat berharap..
kita dapat berpimpinan tangan.. 
melangkah ke Syurga nan abadi..
Andai saya tergelincir ke neraka..
 awak ada untuk tarik tangan saya dan bawa saya ke Syurga..
Andai awak dimasukkan ke dalam neraka, 
saya mampu hulurkan tangan saya agar awak dapat berpaut 
dan kita sama-sama berjalan dan menjejakkan kaki ke Syurga-Nya.

saya..
saya..
saya taknak kita 'bestfriend' di dunia semata-mata..
tapi mudah-mudahan hati kita bertaut kerana-Nya..
hubungan kita berkekalan dan berpanjangan selamanya hingga ke Syurga..

Awak,
ketahuilah bahawa..

hidup terletak di antara Born (lahir) dan Death (mati).
jadi, hidup adalah Choose (pilihan).
B | C | D ]

maka,
pilihan hidup terletak di tangan kita.
hidup dan masa depan berada di tangan kita.
ya, masa depan DUNIA DAN AKHIRAT.

Live well or Live Hell, YOU CHOOSE!

jalanilah hidup dengan tenang dan rasional LILLAH.
manfaatkan nikmat hidup dan kewarasan akal yang Allah kurniakan untuk menentukan pilihan kita..
moga najah yang suci mengiringi hidup kita..


" Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami.. berilah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami.. tetapkan hati dan iman kami, setelah Kau berikan hidayah-Mu.. teguhkan pendirian kami, lapangkan dada kami.. terangilah dan tenangkan jiwa kami.. hiasilah akhlak kami, indahkan tutur kata kami.. tautkan hati-hati kami hanya kerana-MU.. thabatkan kami di atas jalan-Mu ini..pelihara diri kami dari sebarang kemaksiatan dan keburukan.. lindungi kami dari azab kubur dan azab neraka yang dahsyat.. Redhailah dan rahmatilah kami ya Rahman ya Rahim..Amiin Ya Rabbal Alamiin..."

Uhibbukunna fillah abadan abada, insyaAllah ♥
Ich Liebe dich, Lillah..


terima kasih sahabat. keberadaan kalian di sisi ku sungguh bermakna.
kalian adalah anugerah yang cukup bernilai dari Allah.
kalian yang hebat menyempurnakan aku yang lemah dan banyak kelemahan.
terima kasih kerana sudi menampung kekuranganku, sahabat..
sungguh, hubungan ku bersama-sama kalian adalah tanggungjawab aku dengan Allah.
dan Aku benar-benar gerun dan takut, andai aku gagal melunaskan tanggungjawab ini.
bantu aku ya, jangan pernah sisihkan aku... terima kasih.



Old things | New things