Mrs.Complicated ?
Hellow Marshmallow !


Assalamualaikum ! Thanks for visiting. Don't make chaos here ;)

Owner : SiTiKhaDijahBintiIsmaiL
~ Magical Nav ~

Follow me? Stories Mrs.Complicated ? Tagboard


Memories


~ Walkie Talkie ~



Bangkit Dengan Penuh Gaya !
Sunday, December 16, 2012 | 12:23 AM | 4 comments


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)

*sapu-sapu sawang dekat belog.



Rasanya macam dah setahun tak update belog. Peluh kecil. Dah lama tak menulis , kerana kekurangan masa atau tidak bijak menguruskan masa ? Ceh. Malas sebenarnya. Tsk tsk. Mohon dielakkan daripada sifat yang membunuh masa itu. Long time no see , rindu barangkali ? Ewah! Kan dah kata , ukhuwah tu sumpah osem ! :D


Sebenarnya tujuan saya menulis..... Eh , kenapa formal ni -.- Mungkin hasil tulisan 25 karangan BM yang diberi oleh guru tersayang. Sebentar tadi, dek kerana kebosanan tak tahu nak buat apa , saya berbaring di atas katil. Lalu fikiran melayang-layang~ Wohooo~ Terbang ke sana sini , yeah ! Saya ingin terbang ! Tapi takut tinggi T.T Lalu saya terjun ke bawah dan pergi ke komputer seterusnya click ini belog.


Maka , di sinilah saya , menulis :)
Sebenarnya saya ingin berkongsi cerita di sekolah baru. Eh , bukan baru lagi. Agak setahun di situ , dan masih dalam proses pembentukan menjadi manusia yang unggul lagi osem ! Eheh. Muntah hijau. Kerana cuti yang dah nak habis dan saya menyesal kerana tak siapkan homework awal-awal , sila tampar saya laju-laju !

Saya tak ada pilihan lain selain menjadi kuat dan osem! ;)

Pada hujung tahun persekolah 2012 itu , saya ketawa sopan kasar dek kerana periksa akhir tahun telah habis ! Yeahh ! Itulah yang saya tunggu. Tunggu ! Rupanya-rupanya , panas di siang hari tidak selama-lamanya. Oleh sebab keputusan yg amat mengecewakan kami dan mereka , cikgu memberi beberapa tugasan yang agak berat untuk saya pikul di kepala , lalu saya pikul di tangan :P Bukan itu yg saya mahu beritahu. Tapi peristiwa sebelum itu. Peristiwa di mana episod hitam berlaku. Ceh.


Well , macam biasa sekolah kami kan SBP. Kononnya lah kan. Dan pelbagai aktiviti diadakan untuk menghabiskan waktu lapang kami yang sepatutnya dihabiskan untuk membaca novel dan komik. Amboi amboi ?! Yaaa , satu pertandingan video korporat yang sungguh osem lagi hebat telah diadakan ! Dan saya telah berangan-angan di awan untuk masuk dan menang~ Well , tak payahlah nak kutuk sangat kan ?

Diringkaskan cerita , saya bawa laa laptop  ke sekolah. Weehee , seronok tahu. Bila terbayang cerita Korea di minda dan Lee Dong Wook di hadapan mata setiap malam. Cehh , gurau. Ya , saya bawa tapi ibu tak tahu selepas saya telah beritahu ? Kalau anda paham baguslah. Dan bagi yang tidak paham , teruskan garu kepala anda dengan penuh bergaya.


Dan beberapa hari sebelum cuti akhir tahun , laptop saya hilang. Ya , hilang. Setelah berseronok setiap malam dengan penuh riang dan girang , saya cari cari di bilik itu , tiada. Dan saya tidak gopoh untuk terus menangis. Saya cari dan cari , tanya kawan itu tanya kawan ini. Semua kata takde. Muka tenang , dalam hati ada tsunami tahu ?! Tapi saya tak nangis , take note. Nak tahu kenapa ?


Ada satu masa tu , saya cari cari dan cari sampailah tak jumpa. =.= Siap buat sport check lagi tahu. Tak jumpa jugak. Saya termenung semalaman , bertemankan lagu Opick , Rapuh di telinga. Minda saya berfikir. Nak nangis ke taknak ? Nak menyesal ke nak takut ? Nak marah ke nak diam ? Berterusan hingga saya dapat jawapan. Ya , saya selalu cakap setiap yang berlaku ada hikmahnya dan Allah uji tanda sayang and bla bla bla. Dan pada saat ini , saya telah diuji dengan kata-kata saya sendiri dan baru saya tahu betapa payah dan beratnya ! Saya berfikir sejenak , mungkin ini memang salah saya kot. Ada ni dosa-dosa silam yang saya tak tahu au saya buat-buat tak endah. Memang banyak. Nanges laju-laju T.T


Aku: ‘Sedih dalam gembira’ 
Rumate: 'Kau sedih sebab datang dari nafsu, dan gembira tu datang dari iman. so cheer up weyh. menangkan iman kau' Motivasi terus ter-charge dan ianya menyuntik hari esok.


Lalu , saya muhasabah diri yang hina lagi kotor ini hingga tertidur dan esoknya , saya bangun dengan ceria , dan teruskan hari dengan gembira ! Saya serahkan kebergantungan pada Allah. Saya tahu bila kita bergantung pada Allah , maka kita tak akan pernah ditiinggal nor dilupakan. Percayalah , saya dah rasa. Perasaan takut , marah , geram , sedih. Hilang serta merta. Macam tenang je , like nothing happened. Lepas ni , kita cuba letakkan kebergantungan pada Allah instead of human. Itu baru sumpah osem ;)


Bila balik rumah tak payahlah cerita. Biarlah rahsia ;)
Ehhhh , nak cerita jugak. Kakak dan abang marah marah saya. Errr ,.... apa kes pulak ni ? Marah-marah sayang laa awak ^^ Marah tanda sayang <3 br="br">


...kalau demikian, bersabarlah Aku Dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah Yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu." (yusuf:18)


p/s ; Jatuh ?! Mari kita bangkit dengan penuh bergaya ! Nantikan post saya seterusnya , LEGOLAND. Weheee~


Old things | New things